Forum Penolong Pegawai Perubatan Sarawak
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Go down
Admin
Admin
Admin
Posts : 6
Join date : 2023-12-20
https://pppsarawak.forumotion.asia

Tugas Dan Tanggungjawab Pembantu Perawatan Kesihatan Empty Tugas Dan Tanggungjawab Pembantu Perawatan Kesihatan

Thu Dec 21, 2023 3:28 pm
Tugas Dan Tanggungjawab Pembantu Perawatan Kesihatan Cover_Tugas

Buku senarai tugas dan tanggungjawab Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) ini bertujuan untuk memberi panduan dan rujukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada anggota Pembantu Perawatan Kesihatan dalam menjalankan tugas. Penugasan yang telah dikemaskini adalah berikutan dengan penswastaan perkhidmatan sokongan (kebersihan, pembuangan sisa klinikal, biomedical, penyelenggaraan peralatan kejuruteraan dan sebagainya). KKM telah mengariskan tugas dan tanggungjawab baru bagi PPK yang merangkumi pelbagai aspek dalam rawatan pesakit.
 
Pengetahuan dan kemahiran tertentu adalah diperlukan dalam melaksanakan tugas PPK yang baru. Dengan penjumudan beberapa jawatan auksiliari turut menjadi salah satu faktor bagi mengenal pasti tugas-tugas baru yang boleh dilakukan PPK.
 
Semoga buku senarai tugas dan tanggungjawab yang diterbitkan ini dapat membantu pihak Jabatan Kesihatan Negeri, Hospital, Kesihatan Awam dan Pergigian. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab KKM untuk menyediakan buku senarai tugas dan tanggungjawab PPK ini untuk kemajuan kerjaya PPK. Dengan adanya senarai tugas dan tanggungjawab yang baru ini dan bersesuaian dengan kemajuan bidang perubatan, kelayakan masuk dan pembangunan kerjaya Pembantu Perawatan Kesihatan pada masa hadapan dengan insentif yang lebih baik dan menarik. Diharapkan ianya boleh dijadikan sumber rujukan untuk semua PTJ.


Download <--- Klik sini untuk memuat turun


Semoga memberi manfaat kepada semua

roslan likes this post

Back to top
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum